Program pendidikan dan pencegahan dikendalikan khususnya bagi 3 golongan kumpulan sasaran seperti berikut:

1. Mereka yang tidak pernah melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah

2. Mereka yang kadang kala menyalahgunakan dadah

3. Penagih dadah.

Tumpuan utama ialah menjalankan program anti dadah kepada golongan yang tidak pernah melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah.

Pendekatan yang digunakan ialah:-

Strategi yang digunakan ialah 'memberi maklumat' dan 'taktik menakutkan'.

Aktiviti yang dijalankan ialah:-

Menyampaikan ceramah; dimana isi ceramah adalah berkaitan dengan dasar dan strategi Biro Kawalan Narkotik, Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, kesan kesan buruk penyalahgunaan dadah dan perkara perkara yang berkaitan dengan pendidikan pencegahan dadah.
Menyampaikan mesej anti dadah melalui media masa.
Menyampaikan mesej anti dadah melalui poster dan pamphlet.
Mengambil contoh air kencing secara mengejut.  Mereka yang diambil contoh air kencing adalah termasuk penuntut-penuntut sekolah, pegawai dan kakitangan yang bekerja di sektor awam atau swasta dan badan badan bukan kerajaan (NGO).  Pengambilan contoh air kencing adalah dihadkan, iaitu pengambilan maksimum bagi satu masa ialah 20 orang.  Ini adalah untuk mengurangkan kos bagi penganalisaan contoh air kencing.
 
 

Strategi yang digunakan ialah untuk meningkatkan kemahiran sosial.  Kemahiran sosial adalah perlu bagi membina kemahiran menghadapi tekanan tekanan diri (Intrapersonal) dan tekanan tekanan antara individu (Interpersonal).

Terdapat 3 jenis latihan kemahiran digunakan

 

Latihan kemahiran untuk individu.

Strategi ini menekankan pelbagai teknik kognitif.  Ini bertujuan untuk meningkatkan konsep sendiri, bagaimana menangani tekanan, kemahiran membuat keputusan, meningkatkan ketahanan diri dan kemahiran komunikasi.

 

Latihan kemahiran untuk keluarga.

Strategi ini mengandaikan bahawa remaja menyalahgunakan dadah disebabkan perhubungan anak dan ibubapa yang kurang memuaskan, kurang kemahiran dalam  penjagaan (parenting skills) atau perpecahan dalam keluarga.

 

Latihan untuk remaja.

Strategi ini mengandaikan bahawa remaja menyalahgunakan dadah kerana kurang kemahiran menahan desakan atau tekanan dari luar misalnya daripada rakan sebaya yang menggunakan dadah.  Justeru itu, strategi ini menekankan peranan kumpulan sebaya untuk mengujudkan perkembangan sosial yang sihat.

 

Salah satu faktor penyalahgunaan dadah adalah berpunca dari keadaan dan sistem institusi keluarga yang tidak stabil, yang kemudiannya meresap dan menjalar dalam masyarakat sehingga menjadi gejala sosial.  Justeru itu, adalah wajar institusi keluarga dan masyarakat terlibat, memainkan peranan aktif di dalam mencegah dan membenteras penyalahgunaan dadah.

Langkah-langkah yang diambil oleh ibu bapa untuk menyekat anak-anak mereka dari mengambil dadah pada peringkat awal adalah satu langkah yang bijak iaitu dengan cara:-

Ibu bapa haruslah mengambil berat ke atas kelakuan dan kebajikan anak-anak.
Ibu bapa haruslah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.
Elakkan anak-anak berkawan dengan rakan-rakan yang sudah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Utamakan pencegahan daripada pemulihan.
Ibu bapa menanam sikap jijik dan membenci dadah kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Sehubungan itu, jika salah seorang ahli keluarga didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah, berikut adalah beberapa saranan yang boleh dijadikan panduan:
Usah cemas apabila anggota keluarga awda terlibat dengan dadah.
Keluarga seharusnya bertenang, disebabkan anak yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, keluarga merasa malu dan sukar menerimanya.  Dalam situasi ini, keluarga harus menerimanya sebagai kenyataan dan memikirkan cara untuk menghadapi masalah ini.
Keluarga mesti meninjau sama ada mereka sendiri yang harus dipersalahkan kerana masalah tersebut.  Keluarga biasanya menyalahkan kawan-kawan dan jika anak mereka masih bersekolah atau bekerja, mereka akan menyalahkan tempat sekolah atau tempat bekerja.
 
Keluarga mesti mengambil berat dan mengetahui serba serbi tentang dadah, bahaya dan kesannya.  Mereka mesti tahu tanda-tanda menagih dadah.
Ahli keluarga boleh menghubungi Biro Kawalan Narkotik untuk meminta nasihat dan pertolongan.
Jika anak berada dalam Pusat Pemulihan dan Rawatan Dadah, ibu bapa hendaklah melawat bersama-sama anggota-anggota keluarga lain seberapa kerap yang boleh untuk menunjukkan perhatian, mengesahi dan mahu melihatnya pulih seperti sediakala.
 
Semasa menemuinya di Pusat Pemulihan dan Rawatan Dadah, keluarga usah menunjukkan simpati keterlaluan seperti menangis di hadapannya.  Ini memberi gambaran bahawa mereka menganggap penghuni telah diperlakukan secara tidak adil.  Ini tidak akan membantu dalam proses pemulihan.
Ibu bapa seharusnya mengenakan disiplin dalam rumah dan menyedari bahawa perbuatan yang salah mestilah dibetulkan.  Mereka hendaklah memberitahu anak-anak mengapa mereka mengenakan disiplin yang telah dipersetujui.
Keluarga hendaklah melayaninya sebagai manusia biasa.  Jika sudah dewasa, layanilah sebagai orang dewasa dengan cara baik.  Elakkan bercakap dengan cara yang merendahkan.
Keluarga seharusnya mengetahui sejauh mana kebebasan diberikan kepada bekas penagih dadah, bergantung kepada sejauh mana keluarga mengetahui akan pergaulan, sikap dan tingkah lakunya.  Keluarga mesti tahu siapa kawan-kawannya, sikapnya terhadap sesuatu, seperti pekerjaan dan kegiatan-kegiatan tertentu.
 
Tunjukkan keperihatinan semasa ahli keluarga yang sedang mengikuti program jagaan lanjutan.
Ibu bapa mesti sedar bahawa pemulihan sepenuhnya adalah proses yang memakan masa.
 
 
     
 
 
   
2006 NCB © All rights reserved